Buang bayi: Pelajar ditahan
KUANTAN 29 Mei - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama ditahan selepas mengaku membuang bayi lelaki yang mayatnya ditemui di pekarangan sebuah rumah di Balok Makmur di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff berkata, pelajar berusia 16 tahun terbabit telah dibawa oleh ibunya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 11 pagi tadi.
"Pelajar terbabit mengaku perbuatannya itu dan kini ditahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Dia telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menjalani rawatan susulan selepas melahirkan anak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pelajar perempuan tersebut membuat laporan polis bahawa dia telah dirogol seorang kenalannya sehingga melahirkan bayi yang dibuangnya itu.
"Polis sedang menyiasat laporan pelajar itu," katanya. - BERNAMA
Utusan 30 May 2009
Sekolah agama tu. Siapa kata kalau hantar anak kat sekolah agama jadi baik? Jangan nak bohong la. Diorang lagi gatal. Aku tak pernah pergi sekolah agama, kawan-kawan aku pun tak pernah pergi. Baik je. Budak yang konon sekolah agama ni yang kaki pukul, rogol, mencuri, buli etc. kenapa? Diorang terlampau dikongkong. Itu takleh, ini takleh. Once they got their freedom, abis la. Sama cam budak baru dapat lesen. Bandingkan dengan budak yang bleh bawak kete years before dapat lesen. Sape yang akan accident dulu? Hahaha. Merepek sampai kat kete plak. Anyway, dalam news ni kata kena rogol ngan kenalan. Ala, cakap je. Yang menggatal kuar ngan jantan tu apsal. Admit it la, you guys have sex and your bf taknak tanggung baby tu. Baru umur 16. dah pandai bukak kain bagi kat jantan. Since aku tak pernah jejakkan kaki kat sekolah agama. Aku nak tanye skit. Apa yang korang belajar? Takat baca Quran tapi tak menghayati baik dok umah macam aku. Ntah faham ke tak isi Quran tu. But im not saying that budak tak pegi skola agama ni baik. Cuma kitorang lebih pendedahan. Sape2 yang sexually active, pandai2 la cover. Apa daa…
Saturday, May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Tak bole salah kan perempuan tu je. I mean mungkin die mmg kena rogol . Tapi mmg die agak bodo la gak sbb tak report pastu sanggup branak n buang plak tu. Kalau skola biase aku faham la kejahilan. Tapi skola agama, bukan ade ajar pasal hukum nyawa ke? Nampak sgt tido dlm kelas.
ReplyDelete