Friday, July 10, 2009

Aku tak tau apsal. Hari ini sungguh gumbira. But starting with hell la. Malam sebelum tu aku tgk sortie aku kul 11 pagi. So cadangnye nak datang kul 9. 2 jam awal. Ok la tu. Bangun kul 8, Aiman plak jajah toilet tu dulu so tunggu la jap. 15 minit dia setel. Gle displin siot budak ni. Tak macam penghuni dulu. Displin langsung tak wujud dalam diri dia. Harap bapak je org besar navy. Punye best toilet tu, abis lost track of time. Kuar je da 8:45 pagi. Hampeh. Kalut gosok baju. Tgh2 pakai uni shaun plak call. Kata capt husa soh aku n fathu fly dulu. Haram tul. Kalut aku pg umah fathu. Dia tgh pakai tuala pun kalut la.

Sampai skola, kena marah plak ngan keshan coz baru terhegeh nak mintak authorize. Da la ops jauh gle ngan aircraft. Kejar la capt husa. Dia je yang ada. Amrou pg subang. Capt Z’din takdak. Rois pun takde. Nasib baik dia tak airborne lagi. Nak mintak sign dia kena marah lagi satu round. Adoi. Apa punye nasib daa. Pg kat aircraft, cowling terbukak. Tgh tukar bateri plak. Ceh, kena tunggu lagi. Tgh2 tunggu capt husa suruh kitorang declare aircraft U/S (unserviceable). Haram tul. Kena lagi. Engineer kata 1 jam bleh siap. Pg makan kat skola. Time tu mood da takde. Kena mara, takleh fly gak.

Kul 10:15 pg cx aircraft. Woohoo, da siap. Hepi la sign techlog. Senyum gumbira mintak engineer refuel. Weather cantik. Akan tetapi. Headset takdak. Tunggu la aku sambil menyumpah seranah. Kapal byk, headset takdak. Helicopter yang sikit tu berlambak plak headset. Then capt khamis turun. Apa lagi, kebas je la headset dia. So dengan senang atinye aku fly. Weather punye cantik. Pg training area pun still bleh nampak airfield. Hoho. Aircraft plak good behavior. Radio pun cun. Abis pusing2, landing pun cun gak. Bestnye hidup.



Balik, pg semayang jumaat ngan aiman. Masa semayang ada la atok tua sebelah aku. Aku pun pikir, nanti aku pun macam dia gak. Tua, slow, bongkok. Kesian plak aku tgk dia. Time nak rukuk n sujud pun aku terikut dia. Takut cepat sgt kang terlanggar siku dia. Tergolek kang, susah aku.

Balik tu abdah kata nak grak KL kul 3:45. memandangkan 1 jam lagi. Tido la. Terlajak plak tu. Sampai dia sepak terajang pintu umah aku. Hahaha. Tak pernah2 dia yang datang umah ajak balik KL. Sampai shah alam lalu sebelah extreme park. Nampak kete capt masda. Apa lagi, lepak la kat situ kaco dia. Best gak borak2. maklum la, kitorang bersependapat. Nyampah kat skola. Why? Lambat la, what else. Then balik, igt nak pg sana lagi. Abdah semangat je nak ajak lepak. Ni tgh menunggu la ni. Aku rasa dia da landing atas katil da. Esok petang baru bangun punye la.


view from 1000ft. I've been instructed to fly at that level ek.

No comments:

Post a Comment