
benda ni aku nak antar kat utusan actually. tapi asik kena reject manjang coz mail utusan penuh. so buat sementara nak antar lagi aku post kat sini je la.
Saya ialah mengguna P1 wimax selama 2 tahun. Di sini saya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap perkhidmatan P1.
Sepanjang 2 tahun saya menggunakan perkhidmatan internet ini. Hampir setiap bulan saya akan menghadapi masalah. Masalahnya sama sahaja iaitu ketidakstabilan talian internet. Apabila saya menghubungi technical support P1. Kekecewaan saya bertambah. Saya ingin bertanya kepada P1. Apakah kelayakan untuk bekerja di bahagian technical support? Adakah sekadar tahu membaca? Kerana setiap kali saya menghubungi technical support, cadangannya adalah sama. Sama ada, restart modem, reset modem atau reposition modem sehingga tahap modem itu sudah tergantung di luar tingkap. Kali terakhir saya menghubungi techical support saya menyatakan saya sudah muak dengan cadangan yang sama yang kononnya akan menyelesaikan masalah sama. Maka mereka memberitahu perkara baru. Stesen pemancar di kawasan rumah saya sedang diselenggara.
Saya ingin menyatakan disini. Saya menghubungi technical support kali ini kerana masalah ketidakstabilan ini menjadi lebih teruk. Internet hanya boleh digunakan pada waktu siang sahaja. Kelajuannya amat tinggi. Akan tetapi pada waktu petang lebih kurang dalam pukul 4 petang hingga malam, kelajuan menjadi semakin perlahan dan pada waktu malam saya langsung tidak boleh membuka apa-apa laman web.
Jika pihak P1 sedang menyelenggara sekali pun, mengapa masalah ini berlarutan sehingga 2 minggu? Apa yang diselenggara? Adakah pengelenggaraan ini serumit penyelenggaraan kapal terbang atau kapal laut? Saya menghadapi masalah ini pada waktu malam. Adakah penyelenggaraan ini dilakukakn pada waktu malam? Di kawasan perumahan, pada waktu malamlah ramai orang ingin menggunakan internet. Penyelenggaraan jalan raya sahaja yang sesuai dilakukan pada waktu malam.
Berbalik kepada techical support tadi. Ini ialah dialog antara saya dan technical support beberapa hari lalu:
Saya menyatakan masalah saya tetapi saya sengaja tidak memberitahu masalah ini berlarutan lebih dari seminggu.
P1: sila buka Internet Explorer
Saya: saya sudah membuka Mozilla
P1: sila buka Internet Explorer
Saya: oh, ada perbezaankah? (dengan nada berseloroh)
P1: Ya
Di sini saya dapati bahawa pegawai di talian tidak tahu apa-apa mengenai komputer apatah lagi web browser.
Selepas beberapa minit
P1: sekarang pihak kami sedang melakukan penyelenggaraan. Perkhidmatan internet encik akan kembali seperti biasa selepas ini.
Saya: penyelenggaraan? Hampir 2 minggu?
P1: ya, penyelenggaraan.
Berdasarkan dialog tersebut. Saya ingin bertanya sekali lagi. Apa kelulusan yang diperlukan untuk bekerja sebagai technical support di P1? Adakah sekadar membaca skrip sahaja? Saya menggunakan P1 bukan kerana perkhidmatan yang bagus kerana secara terang-terang perkhidmatannya amat teruk. Aduan di laman web sudah dibuat. Panggilan sudah dibuat. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan? Saya tidak berani meminta perkhidmatan yang terbaik kerana saya tidak yakin P1 mampu memberinya.
Saya menggunakan P1 kerana pihak P1 menyatakan bil hanya 99 ringgit sebulan dan itu jumlah bil yang saya dapat. Tiada cas tersembunyi. Dan baru-baru ini saya sekali lagi mencuba untuk menghubungi P1, talian sentiasa sibuk. Saya mencuba menghubungi menggunakan talian telefon saya yang lain. Dan dapat dihubungi. Nampaknya P1 telah menyenarai hitamkan nombor telefon saya. Cara mudah untuk melepaskan tanggungjawab.
Saya juga mencadangkan agar P1 menghantar staf ke rumah saya untuk menyelesaikan masalah saya, kerana apa yang dicadangkan langsung tidak berkesan. Pelbagai alasan diberi oleh pihak P1 untuk tidak menghantar sesiapa. Mengapa? Adakah pihak P1 tidak memahami bagaimana sistem ini berfungsi?
P1, jangan hanya tahu mengembangkan perniagaan sahaja. Jagalah pelanggan yang sedia ada. Dan jangan menghubungi saya untuk menerangkan masalah yang saya sudah masak dan mencadangkan cara penyelesaian yang takkan membuahkan hasil. Jangan membuang masa untuk menulis surat kepada saya atau surat khabar untuk perkara yang sama. Hantar juruteknik yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah saya.

No comments:
Post a Comment