Friday, November 26, 2010

anak orang kaya bangang....

aku tak paham dengan sesetengah orang. well, let me be more specific. aku tak paham dengan anak orang berada. aku tau diorang tak pernah rasa susah. sume benda ada. bila time sume benda ada, diorang macam takleh terima yang orang lain takde benda yang dia ada. contoh la senang kan kenapa aku cakap camtu. kete. kete paling murah berpuluh ribu. aku ada 1 je kat umah. tapi disebabkan aku masuk flying school di mana majoriti anak orang kaya. bila time ajak aku kuar n aku ckp takleh coz aku takde kete. mesti kutuk2. apasal? then kata aku asik bagi alasan sama n sombong taknak jumpa diorang.

apsal bangang sangat orang2 camni? mak aku tak mampu nak beli 2 kete. korang da amik flying lesson, n mak pak bagi kete lagi. obviously parent korang kaya. jangan samakan sume orang dengan ko. then senang la kata. suruh la mak ko belikan kete. SURUH? igt kete ni berus gigi ke senang2 nak beli? sumpah aku tak paham orang macam ni. ni la super duper bangang. tak tau nilai duit. tepon tukar tiap2 bulan. enjoy tiap2 minggu. bukan duit sendiri pun. pastu nak bangga2. kena mak bapak mati time tu gak. baru tau langit tinggi rendah. takyah sombong ngn bangga la dengan harta mak bapak ko tu. sendiri apa pun takde. berlagak nak mampos. setan betul.

Sunday, October 31, 2010

Sejarah wajib lulus. yess. aku da lepas... lulus cukup makan. dapat 8...

Sejarah subjek wajib lulus. Kerajaan marah sangat coz budak2 tak tau sejarah. Lemah sejarah to be exact. Well, apa yang diorang pelik sangat? Ni, biar saya selaku budak yang hampir lingkup sejarah bagitau pasal apa yek. Hampir lingkup, lulus tau. Jangan fire aku plak nanti

Pertama, subjek sejarah bosan. Sume text. Gambar kurang. Text semata2. Panjang2 plak tu. Cikgu pun mengajar benda text. Dia pun jadi boring. Kalau cikgu da boring. Kami student ni lagi la bosan.

Kedua, sejarah plak kena ingat nama, tarikh pe sume. Nak ingat kenapa jadi camtu da satu hal. Ni plak kena ingat tarikh. Nama lagi. Da la nama pelik2. Panjang2 plak tu. Kadang2 1 nama macam2 orang. Konfius la jadinye.

Peksa plak. Well, kalo da benda mengingat. Memang la payah. Terutamanye lelaki. Kitorang tak suke menghafal. Score bagai nak rak tapi tak paham serupe dengan bodoh piang. Elok la malaysia ni exam oriented. Sume menghafal. Sampai tahap budak cina sepatah melayu pun kalut, bleh dapat A1 dlm BM. Eksplen sket.

Sekian.
Luahan perasaan seorang pelajar yang hampir lingkup matapelajaran sejarah.

Saturday, October 16, 2010

P1


benda ni aku nak antar kat utusan actually. tapi asik kena reject manjang coz mail utusan penuh. so buat sementara nak antar lagi aku post kat sini je la.

Saya ialah mengguna P1 wimax selama 2 tahun. Di sini saya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap perkhidmatan P1.

Sepanjang 2 tahun saya menggunakan perkhidmatan internet ini. Hampir setiap bulan saya akan menghadapi masalah. Masalahnya sama sahaja iaitu ketidakstabilan talian internet. Apabila saya menghubungi technical support P1. Kekecewaan saya bertambah. Saya ingin bertanya kepada P1. Apakah kelayakan untuk bekerja di bahagian technical support? Adakah sekadar tahu membaca? Kerana setiap kali saya menghubungi technical support, cadangannya adalah sama. Sama ada, restart modem, reset modem atau reposition modem sehingga tahap modem itu sudah tergantung di luar tingkap. Kali terakhir saya menghubungi techical support saya menyatakan saya sudah muak dengan cadangan yang sama yang kononnya akan menyelesaikan masalah sama. Maka mereka memberitahu perkara baru. Stesen pemancar di kawasan rumah saya sedang diselenggara.
Saya ingin menyatakan disini. Saya menghubungi technical support kali ini kerana masalah ketidakstabilan ini menjadi lebih teruk. Internet hanya boleh digunakan pada waktu siang sahaja. Kelajuannya amat tinggi. Akan tetapi pada waktu petang lebih kurang dalam pukul 4 petang hingga malam, kelajuan menjadi semakin perlahan dan pada waktu malam saya langsung tidak boleh membuka apa-apa laman web.

Jika pihak P1 sedang menyelenggara sekali pun, mengapa masalah ini berlarutan sehingga 2 minggu? Apa yang diselenggara? Adakah pengelenggaraan ini serumit penyelenggaraan kapal terbang atau kapal laut? Saya menghadapi masalah ini pada waktu malam. Adakah penyelenggaraan ini dilakukakn pada waktu malam? Di kawasan perumahan, pada waktu malamlah ramai orang ingin menggunakan internet. Penyelenggaraan jalan raya sahaja yang sesuai dilakukan pada waktu malam.

Berbalik kepada techical support tadi. Ini ialah dialog antara saya dan technical support beberapa hari lalu:

Saya menyatakan masalah saya tetapi saya sengaja tidak memberitahu masalah ini berlarutan lebih dari seminggu.

P1: sila buka Internet Explorer
Saya: saya sudah membuka Mozilla
P1: sila buka Internet Explorer
Saya: oh, ada perbezaankah? (dengan nada berseloroh)
P1: Ya

Di sini saya dapati bahawa pegawai di talian tidak tahu apa-apa mengenai komputer apatah lagi web browser.
Selepas beberapa minit

P1: sekarang pihak kami sedang melakukan penyelenggaraan. Perkhidmatan internet encik akan kembali seperti biasa selepas ini.
Saya: penyelenggaraan? Hampir 2 minggu?
P1: ya, penyelenggaraan.

Berdasarkan dialog tersebut. Saya ingin bertanya sekali lagi. Apa kelulusan yang diperlukan untuk bekerja sebagai technical support di P1? Adakah sekadar membaca skrip sahaja? Saya menggunakan P1 bukan kerana perkhidmatan yang bagus kerana secara terang-terang perkhidmatannya amat teruk. Aduan di laman web sudah dibuat. Panggilan sudah dibuat. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan? Saya tidak berani meminta perkhidmatan yang terbaik kerana saya tidak yakin P1 mampu memberinya.

Saya menggunakan P1 kerana pihak P1 menyatakan bil hanya 99 ringgit sebulan dan itu jumlah bil yang saya dapat. Tiada cas tersembunyi. Dan baru-baru ini saya sekali lagi mencuba untuk menghubungi P1, talian sentiasa sibuk. Saya mencuba menghubungi menggunakan talian telefon saya yang lain. Dan dapat dihubungi. Nampaknya P1 telah menyenarai hitamkan nombor telefon saya. Cara mudah untuk melepaskan tanggungjawab.
Saya juga mencadangkan agar P1 menghantar staf ke rumah saya untuk menyelesaikan masalah saya, kerana apa yang dicadangkan langsung tidak berkesan. Pelbagai alasan diberi oleh pihak P1 untuk tidak menghantar sesiapa. Mengapa? Adakah pihak P1 tidak memahami bagaimana sistem ini berfungsi?

P1, jangan hanya tahu mengembangkan perniagaan sahaja. Jagalah pelanggan yang sedia ada. Dan jangan menghubungi saya untuk menerangkan masalah yang saya sudah masak dan mencadangkan cara penyelesaian yang takkan membuahkan hasil. Jangan membuang masa untuk menulis surat kepada saya atau surat khabar untuk perkara yang sama. Hantar juruteknik yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah saya.

Friday, August 27, 2010

Masjid, Melayu, Islam?

Hari jumaat as usual aku pegi semayang jumaat la (duh). So, here’s the thing. Aku tau masjid ni tempat mulia so kita kena la jaga tatatertib apa sume.

Tapi apa yang aku perhati, ramai orang tak hormat masjid. Buang sampah merata, merokok. Well, nak stop orang isap rokok memang payah la since ada gak imam isap rokok. Puntung rokok buang merata. Tak malu ke? Tempat ibadat buang sampah macam tu.

Lagi satu aku tak suke, da tau lambat datang semayang. Double park. Aku paham kalo orang double park especially kalau time semayang jumaat. But kalau da sedar double park, make an effort la kuar awal. Awak menghalang orang lain. Ini tidak, da datang lambat, abis semayang wirid lama nak mampos. Pastu orang sume takleh balik. Kalau korang yang alim sgt tu khatam quran tiap-tiap hari skali pun. Takde guna kalau menyusahkan orang. Ko kuar lambat, berapa ramai orang menyumpah. Berkat ke camtu? Cite sket.

Curik kasut. Tu aku tak paham. Kenapa kena curik kasut orang kalo kasut ilang? Balik je la kaki ayam. Nak buat camne. Kat masjid tu. Nak mencuri lagi. Aku tak paham btul.
Aku memang dari dulu lagi tak brapa suke orang yang suke heboh2 pasal agama ni. Bukan apa, nak betulkan orang pun, pastikan kita ni da betul. Ramai orang ‘alim’ yang aku jumpa mesti cakap besar. Suka mengutuk, mengumpat. Konon dia la perfect. Aku prefer berkawan dengan kaki minum, kaki pompuan, asalkan tak menyusahkan orang. Aku ada kawan kaki minum, lesbian lagi. But dia tau aku tak pegi clubbing, tak minum. Dia takkan cite pasal clubbing n minum depan aku. Sebab dia hormat apa yang aku percaya. Orang macam ni lagi aku hormat.

Saturday, August 21, 2010

Sekolah 'Harapan'?

Menurut utusan ari ni (ahad 22/8/10) sekolah harapan nak bukak kat Melaka. Cara susunan ayat permulaan pun best. Memberi peluang kedua kepada pelajar yang hamil luar nikah kembali ke pangkal jalan. Well, dia kata nama tu yang macam memberi peluang kedua.

Kenapa degil sangat pak-pak politik ni? Ini bukan bagi peluang kedua, ini bagi peluang untuk budak-budak mengawan. Bagi peluang pompuan bukak kangkang kat laki. Bagi peluang kat laki pancut dalam. The fact that budak-budak dating menggedik-gedik, pegang-pegang, raba-raba da cukup memalukan. Tu pun takde orang berani tegur da skang. Ni ada sekolah ‘harapan’. Cukup la. Cukup la kerajaan jadi bodoh. Aku da tak tahan lagi. Sejak Mahathir turun. Sume orang menyampah kat Pak Lah. Kata dia lembab and everthing. Skang Pak Najib plak naik. Makin menjadi-jadi. Bukan bab ekonomi ke apa since I know nothing about it. Bab education and this thing la. Apa ni? Apa sume ni?

Kalau pompuan tu da mengandung, berentikan dia dari skola. Bukan berenti trus. Sampai dia da bersalin n da larat pegi skola. Then sambung la. Kenapa nak ada sekolah ‘harapan’? ye, kalau hold dia sekolah, progress dia lambat sket. So what? Lambat je, bukan trus dok umah. In fact, lambat tu bagi pengajaran kat dia in the future yang ko buat salah. Cari kote sapa suruh? This is what you get. Bagi mangsa rogol. Maybe it’s not fair for them but still. Budak-budak mengandung, larat ke nak pegi skola? Dengan perasaan lintang-pukang. Either sebab kena rogol or pressure dari family (or bf lari). Basically sekolah ‘harapan’ ni is a waste. Kerana ini menggalakkan budak-budak beromen.

Bagi lelaki, come on la. Once you got the pussy, don’t be a pussy. Be responsible. Kita lelaki sepatutnye jaga pompuan. Lindungi pompuan. Like what I said, kalau da Berjaya ‘tembus’ pompuan tu, jangan bangga sangat. Da dapat ‘hasil’ lari lintang pukang. Tak malu ke, kita lelaki sepatutnye jadi ketua. Sebagai ketua, patut ke kita buat macam ni? Kita pun tau pompuan ada 9 nafsu, kita 9 akal. Apa yang ada dalam akal kita? Sex? 1 nafsu da sex, 9 akal pun sex jugak ke? Jangan jadi beruk ye. I admit guys thought of sex every 6 seconds(?) but that doesn’t mean that you have to do it. Kalau dah tak tahan sangat, kalau da murtad sangat, kalau konon da terlanjur, kalau da sayang sangat, take responsibility la. GF da mengandung, mengaku je tu anak ko. Pegi jumpa parents pompuan tu. Kalo ko sanggup kena belasah ngan bapak dia, then ko boleh bangga yang ko tu lelaki.

Kerajaan ngan orang skang makin manja. Sume aku salah kan masyarakat. From what I heard, orang zaman dulu kalau ada budak-budak buat salah. Orang tua trus maki je. N the parents of that kid akan menyokong n maki sama. Skang? Budak buat salah kita angkat tangan n doa sambil geleng kepala. Kalo tegur budak tu melawan balik. Apa sume ni? Kenapa kita kena tunduk pada keinginan remaja yang sememangnye kita sume tau yang diorang tak tau apa-apa? Kenapa orang tua dan pak menteri (yang sepatutnye tegas) jadi penakut? Kenapa kita cuba selesaikan masalah yang da jadi sahaja? Kenapa tak selesaikan masalah ni dari pucuk pangkal skali? Kalau kita tak tegas, kes budak mengandung akan berterusan. Makin banyak la sekolah ‘harapan’ akan dibuka. Yes, ini yang kita nak. Ini yang Malaysia nak. Ini yang pak menteri nak. Inilah masa depan Malaysia. Ini masa depan kita. Inikah melayu yang beragama Islam?

Malaysians and politicians….

STOP BEING F*CKING STUPID!!!!!!!!!!

Saturday, July 3, 2010

Open thoughts?

Apa yang kita tau skang, malaysians in the city especially ada banyak moral problem. Konon modern lifestyle. At 1st the call it modern. But when this modern lifestyle backfire. Sume gelabah. Apa yang aku rasa is because of our culture. We cant mix western kinda lifestyle and our culture.

I once read a question asked by an american. Dia tanye pasal malaysian culture coz nak besarkan anak dia kat sini. Reason is America is too open and everything is sexual. Here’s the thing, kat sini orang tak cite pasal sexuality in the open. Among friends tu tolak ye. Especially parents. And kerajaan cadang nak ada sex education kat skola and Nik Aziz bantah. Dia kata cukup dengan ilmu agama. Memang betul. Aku pun setuju. Tambah beliau (cewah), sex education ni macam ajar pencuri camne nak mencuri dengan betul. Tu memang aku setuju.

Kerajaan nak adakan subjek tu coz banyak sangat kes buang baby. Memang aku nampak logic. Tapi puncanye yang paling besar is gabungan pengaruh westerners and our culture.

Let me explain.

Budak skang da perasan tau semua. And of coz time-time remaja ni la nak ‘mengawan’. Didikan agama tak kuat and this mixing around among different genders makin la meransang perasaan nak ‘membiak’. Bila da fall in love (konon), time tu la pompuan terima ‘pemberian’ lelaki atas nama chenta. Girls, aku lelaki dan aku bagitau apa kitorang nak. We want that thing in your panties. Simple as that. If a guy really loves you, dia takkan buat benda tu. Islam la. Dia mesti masuk meminang. So bila orang tua larang berdating, bebudak kata orang tua kolot. Bila da mengandung, kat orang tua kolot tu la yang kita takut. Tu salah remaja.

Salah orang tua plak. Bila da tau pompuan mengandung luar nikah. Bab ni aku puji Americans. They accept the baby. Orang sini tak, cemuh, hina, halau, maki, marah, macam-macam lagi la. Tu yang buat gejala buang baby banyak sangat tu. Didikan agama kurang memula. Then bila da lewat, tak nak terima da budak mengandung tu.

Here’s the thing. Didikan agama memang penting untuk elak benda camni. But if it happens. Kembali kepada didikan agama. Marah budak tu jangan sampai melampau. Terima dia, n the baby as well. Memang anak luar nikah memalukan. Cukup la dengan dosa zina. Takkan nak membunuh baby tu. Malu atau tak, baby tu tetap family. Tambah lagi. Kita as a society. Accept them. But this doesn’t mean that you couples can f*ck each other suke-suke. And guys, the baby is yours, terima je. Bila da berjaya ‘tembus’ pompuan bangga sangat. Megah cite kat orang. Bila ada ‘hasil’, lintang pukang lari. Pada aku la, yang mana sanggup tanggung tu memang betul-betul jantan.

Banyak benda yang kita taknak terima. Terutamanye melayu. Especially about this la. Not just sex. Body related things pun. Even plastic surgery ada orang pertikai. Even for our own health. Tu haram, ni haram. Aku bukan nak menghalalkan benda yang haram, it’s just that agama mengharamkan benda tertentu for a reason. And bila darurat bleh.

Benda paling klakar is bila time kawen lagi time tu la ikut sunnah nabi. Hahaha. Memang lawak.

Tuesday, May 18, 2010

F1?

F1, what is F1? To me it's a pinnacle of automotive engineering. Engineers don't just think outside the box. They tear it up. Certain rules and regulation are set by the FIA so that engineers are forced to develop new technology. Such as banning traction control, anti lock brakes, variable valve timing, force induction so on and so forth.

That is F1 to me. Well, 10 years ago. Now F1 is just a big business. Teams against teams. What I mean here is, Red Bull. It's an energy drink. It has nothing to do with Racing. Torro Rosso, what is that? Virgin Racing, Hispania Racing Team. What is this? These teams are using Renault and Cosworth engines. They don't develop their own. This is not F1.

Back when I started watching F1 around 10 years ago. Most of the teams are car manufacturers. Peugeot, Ferrari, McLaren, BMW, Honda, Toyota. Only some teams are just mere 'teams'.

Maybe some thought McLaren didn't build their own engine. That's true. They only build one recently for their road going car. The MP4-12C (what a name) MP4 is their codename for McLaren F1 cars. I think they did build their own engine decades ago.

Lotus. It's like a custom for them to use other engines. Even road going Lotus cars. At the moment, Toyota is the main engine supplier for Lotus. The latest Evora is powered by a 3.5 litre V6 from Toyota Camry. Tuned of course. Another interesting facts about Lotus Racing. They always come, (or came in this case) with new and simple technology. Such as a side skirting and radio communication between the driver and pit crew. Side skirting. It's design to stop the air from either side of the car disrupting a continuous low pressure airflow underneath the car.

Why I use the word 'came out'. Usually it's Lotus will came out with brilliant ideas. Now Lotus is still 'new'. Further more, rules and regulations are strict. In every aspect. Body building, wings, aerodynamics, engine, ECU etc. I hope Lotus is the same as before.

Rumours has it that the FIA decided to decrease the F1 engines, remove a few cylinders, lower revs and turbocharged. I hope it's true. The reason for this is to produce lower the emissions and lower fuel consumptions. Since global warming has gain huge 'popularity' nowadays.

Anyway, I may have gone off topic here. The conclusion here is, F1 now is frustrating in terms of technology. I hope the future of motor sports improve where manufacturers race against each other rather than teams.

Sunday, May 9, 2010

halo

Oi, lama aku tak tulis kat tempat ni. Well, maklum la. Seperti aku katakan dulu, aku ni bukan jiwa penulis. So nak tulis apa pun aku blank.

Now aku coba la tulis pape yg terlintas dalam kepala. Since da berbulan berlalu. Banyak benda gak aku da buat, banyak benda da jadi. Banyak benda tak menjadi. As for today, apa yang aku boleh ingat sangat-sangat is aku beli phone baru. Yes, new mobile. Ok la since aku da guna N73 nak dekat 4 tahun. And even now aku still guna untuk line celcom aku. Phone paling lama aku guna dalam sejarah penggunaan phone aku. Sebelum ni rekod dipegang oleh N-gage QD. 3 tahun aku guna. Hohoho. Phone tu da rosak bukan salah aku 100%. Aku salahkan putrajaya kerna terlalu panas dan telefon bimbitku menyelam dalam sabun yang mencair. (long story, as sad one too). Anyway, alang-alang da cite pasal telefon ni kan. Aku bagitau je la fon apa. Buat saspen pun takde guna since aku rasa berapa kerat la sangat baca blog aku. Kalo ada pun kira bagus sangat la. Even kalo ada orang baca, terutamanye engkau, kenapa ko baca ek? Ok, ok, back to the phone. It’s a Nokia E72. Why?

1. Aku memang dah aim phone ni even before masuk malaysia.
2. Aku dapat tau phone ni murah for the specs.
3. Aku memang Nokia fan.
4. Aku da lama guna N73. It’s time to move on.
5. Ada WiFi.
6. Sebab yang ni memang mengada skit. QWERTY.
7. Kaler cun. Ala-ala gold gitu...
8. Dapat free casing & tali (tali?) nampak macam leather. campur plak ngan kaler ala-ala gold tu, nampak macam aku orang kaya la plak.
9. Processor 600Mhz. Antara paling laju tuuuuu....
10. 16million colors. It’s nice to know that. *bongok
11. Ada GPS. Tu bonus since aku tak tau pun ada.


Dan mami beli TV baru. 13 tahun guna TV NEC tu. Aku rasa NEC pun da tak buat TV da skang. Aku rasa la. Kaler pun da start kuning. Sampai tahap aku tak perasan yang logo Discovery Turbo ada kaler biru. TV LCD Samsung lagi. 32”. Best.... hehehe.... aku siap beli HDMI cable lagi khas untuk PS kesayangan aku. Bab-bab screen ni aku memang trust samsung. Kaler cun gle and it’s recommended for gaming. Makin lebar la aku senyum.

One of my favorite sitcom. Seinfeld, aku da download sampai season 7. Lagi tinggal 2 season lagi. HDD aku da nak penuh sampai terpaksa delete Heroes. Ramai sangat character, aku pun da jadi blur. Kalo focus kat sorang je for an episode. Tak banyak sangat yang dia tunjuk. So aku pun give up la. And Seinfeld kelakar. Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah aku.

Tahun ni aku da 24. Member baik aku da nak jadi bapak. Member kat poli da jadi mak. Member skola time form 5 da jadi mak. Junior aku time secondary school da tunang. Aku still camni gak. Shit man. Ada 2 orang pompuan yang pernah kata benda sama. You’ll be a bachelor for the rest of your life. Alamak. Takkan la. But the second one agak lembut skit la. Dia tambah, I see you more towards career rather than family. Ok la, aku terima. Member yang betul-betul rapat ngan aku sorang je da kawen. Yang lain membujang lagi. Apa yang nak aku risau? Chill la....

So, that’s all for now. Nanti lepas 4,5 bulan aku coba tulis lagi. Chow.... salam 1Malaysia....

Tried to upload some pics but tak boleh. shit...

Wednesday, March 24, 2010

Typical Malaysians Reviews

Kenapa orang Malaysia ni teramat la narrow minded? Aku peminat paultan.org so tiap kali kuar artikel pasal Toyota mesti ada orang komen kutuk macam-macam. Kenapa? Kutuk mesti pasal brek. Yes, memang Toyota ada masalah tapi Toyota kat US je. Kat sini ok jek. Tambah lagi orang US memang suke point salah orang. Dia je la yang betul. Skit2 saman. Anyway, tu diorang punye pasal la. Yang kita orang Malaysia nak emotional ni kenapa? Kita mana ada masalah macam tu. So far aku tengok takde pun orang sini mati sebab Toyota. Honda yang ada masalah sampai terbakar yang memang sah2 model yang defect tu ada kat sini, takde orang mati pun.

And Toyota Vios. Ye aku mengaku design memang pelik. Aku pun kutuk gak kadang2. but ada orang kata Toyota is not a driver’s car. No feel etc. kepada sesiapa yang berfikiran macam tu. Dengar cakap aku coz obviously aku jauh lagi expert dari korang. (korang bodoh la kiranye). Toyota is like Mercedes. Honda is like BMW. Toyota is more into relax cruising. Not for going around corners at high speed. Honda has a better handling. Simple as that. sebab tu Toyota orang tua yang minat. Honda lebih pada orang muda. And orang yang baca kat paultan kebanyakan orang muda. Sebab tu banyak komen puji Honda. Cuba test drive dulu both models then komen. And test drive tu fikir before komen. Jangan jadi bodoh.

BMW announcing that they want to create a FWD car. Macam biasa la. Orang Malaysia kutuk. Kata effect the handling la. Paling klakar, ada orang kata takleh nak drift. Here’s the thing;

1- People who bought BMW are professional people. They don’t drift.
2- BMW are precise machines. Only pro drifters can actually drift it.
3- BMW are expensive. Better get an AE86.
4- Almost all drivers don’t know if their cars are FWD, RWD or AWD.
5- Even if they do know, they don’t care.
6- Almost all drivers just simply drive. It doesn’t matter what drive train they have, as long as they can go anywhere, that’s fine with them.
7- Drive around a corner in a parking lot, no difference at all between a Kancil and a Ferrari.

Malaysians, please.

STOP BEING STUPID!!!

Saturday, February 13, 2010

another recall

Toyota Tacoma in North America kena recall. and VW... apa sudah jadi? belilah barangan buatan Malaysia. takkan kena recall beb. walaupun ada kemungkinan bleh meletup... hahahaha

Tuesday, February 9, 2010

Product recall

As we all know, maybe not all. Toyota loss an estimate $2bn on recalls of its products. Brakes problem for their popular Prius and other hybrids. And a few other models in North America due to the accelerator pedal stuck at the floor mat. And also due to software malfunction causing the cars to accelerate on its own and some Prius keep on accelerating up to 150km/h on cruise control (couple with brake problems, that's the last place I want to be). UMW Toyota Malaysia are damn sure that all Toyota sold here are not affected because the design used here is a little bit different. different eh, so does that mean that our Toyota here is not good as the others? or maybe better (by accident) because they are sure we, Toyota drivers are safe. what about the Prius? I'm sure they are affected. UMW proudly announces when the Prius landed in our shore that they are fully imported from Japan. the affected Prius are from Japan. Prius drivers, beware...

Honda in the other hand also recalls 2 of its popular products. the Jazz of Fit and the City. due to problems regarding the power window, which will trap rainwater the car will catch fire, etc. it’s a bit technical. even I don't understand. In North America, they are recalling 2001 and 2002 model-year Accord, Civic, Odyssey, Pilot, CL, CR-V and 2002 Acura TL vehicles (BBC news)due to airbag. according to the news, the airbag may over inflated and burst thus be able to cause injury or death to the occupants.

Back to Malaysia, so far I heard only Savvy have been recalled before due to its suspension (I guess). wow, only 1. what about other models? I think almost all have issues in power window. Iswara with its speedometer malfunctioning.

Perodua doesn't have a product recall. simply because it's cheap and people don't simply care. all they care is the car moves and that's it.

But don't think that expensive cars don’t have problems. Rolls Royce has rust problems with one of their model. :p

Thursday, February 4, 2010

is it human nature?

korang perasan tak berita kat tv mesti start dengan berita truk2? eksiden la, bunuh, rompak, liwat (anwar punye kes). kenapa ek? apa manusia ni ske tgk benda truk2 ke. jarang sgt la berita best2 kita dengar for starters.

lagi satu, normal human behaviour. benda orang buat salah tu kena highlight gle babi. baru silap sket je da kena cop. if benda baik tu igt just for dat day je la. esok da takde sape igt.

korang ada prasan tak...

betapa buruknye perangai manusia ni. benda truk ske dengar, benda truk ske buat, benda truk disanjung. can we change? me as a normal human being, naaahhh, we'll never change...

Papadom

Aku baru je tgk movie tu and yes aku tau aku agak lambat. Maklum la takde time. It’s a good movie tho. About a father who’s always worried about his daughter and loves her so much. Maybe ada orang kata tak logic kalau ada father yang risau sampai tahap dalam cite tu. But still, personally I think the is such a father. Especially a single parent.

All teenagers should watch the movie. It’s just for your info that your parents are not a pain in the ass. They want the best for you and they have been through what we’re going through. Although it’s not exactly the same but part of it is. I’m not a father. But I do have a sister who is 14 years younger than i. so I think I have a slight idea of being a father myself. Trust me, it’s not easy. Watching a sister or daughter (a child exactly) is fun. It’s a challenge.

I’m 24 this year and still studying. Some of us who are the same age as mine may not understand how our parent thinks and Im fortunate enough than I have the opportunity to experience it myself. Life is not easy. I was raised by a single parent. And now I have a responsibility to take care of my sister. I know I don’t have a ‘teenager’ life. I rarely go out if I’m home. But I don’t mind, because I have family. It may be dull to some, maybe all. I don’t mind. It’s my life. I have a life which no other teenager had. I teach me to be responsible and I’m still learning.

Afdlin Shauki, I salute you...

The end? Not really…

Ada a few things la dalam movie tu yang tak logic. For instants. It was shot in UiTM. So basicly it’s UiTM. Mana ada student sana dressing camtu. It’s not because they don’t wear like that. They’re not allowed to. Baju takde kolar is a big no no… I don’t think ada cheerleading kat UiTM. And I believe all the classed are in English. The only IPTA yang ajar in BM yang aku tau is just Politek shah alam. Sebab aku blajar kat situ dulu. Go late night movies and a guy sending a girl in campus late at night right in front of the dorm? With a Mercedes CLK? That’s so not UiTM dude, if TAR College maybe ok la. UiTM shah alam plak tu. That’s my playground for the past 20 year’s la…

Thursday, January 14, 2010

Berbaloikah kita perpecah kerana 'Allah'?

lately our country tengah kecoh pasal penggunaan nama Allah dlm church. well, ada logik gak la aku tgk sume orang kecoh sampai orang politik pun kecoh. to me, orang kecoh sgt ni is simply bcoz they know nothing about history. typical malaysians la. sampai kes pulau batu putih pun kalah.

what i meant by history here is. dari zaman dulu lagi nama Allah da digunakan but orang malaysia terlampau taksub sampai kata Allah tu nama khas utk orang Islam. friends, it's not. let me put it this way, tuhan ialah dalam bahasa melayu/malaysia, god is in english, Allah is in arabic. sama je. it's just in different language. macam nama aku. aku takleh claim that Omar ni khas utk aku sorang je. coz its a universal name. you cant stop people from using certain word in certain language. it's not our rights to stop them.

aku mintak pendapat kawan aku pasal benda ni. memang panjang lebar la dia explain kat aku dia tak setuju takut umat islam boleh terpesong la, akidah boleh lari, budak2 jadi keliru. on second thought memang betul but on the third thought, kalau baru setakat nama pun da boleh terpesong akidah etc. nampak sangat iman tak kuat. bukan nak kata aku ni warak. iman tu lebih kurang macam percaya la kan. so, kalau kita tak percaya pada ajaran Islam yang sebenar. memang senang la orang nak putar belit fikiran kita. masyarakat kita kurang membaca ni. sume emo.

aku ada baca blog kawan aku. 1 thing that attracts my attention. agak menarik la. dari tadika kita diajar nama Allah ada 99. dah ada 99, kenapa yang satu tu jugak kita nak berebut? Allah maha penyayang. Allah je ke yang penyayang. ada gak manusia yang penyayang (altho tak se'penyayang' Allah la). kalo kita kata parents kita penyayang, takkan kita nak tibai parents kita atas alasan Allah je yang penyayang. orang tamak selalu rugi. skang ni orang Islam kat malaysia dalam kerugian. sebab nak pertahankan nama Allah (which is god in Arabic) orang bukan Islam dah pandang serong. pastu ada plak kes nak bakar church.

read my friend's blog
laced-emotions.blogspot.com

p/s: rendezvous is a french word for meeting, we use it in english language. does the french wanna kill us for using their word?